Sunday, November 8, 2009

MERANCANG PERUBAHAN?

Benar,
setiap perubahan memerlukan keberanian dan pengorbanan, cuma prioriti perubahan perlu dikenalpasti sebelum sesuatu pengorbanan itu dilakukan. Kalau tersilap prioriti dalam melakukan pengorbanan ia dikuatiri memudaratkan diri.

Benar,
aku perlu memulakan pengorbanan bermula daripada sesuatu yang termudah, terkecil dan terdekat. Sebagai permulaan, aku akan mulakan dengan diri aku sendiri dan yang kedua adalah keluargaku.

Benar,
setiap pengorbanan memerlukan perancangan dan strategi yang sangat halus, lembut, hikmah, jelas dan tegas. Bukan mudah untuk memiliki perancangan dan strategi sedemikian tanpa bimbingan dan tarbiyah daripada Tuhan.

Benar,
aku perlu terus sabar dan bertahan dengan tarbiyah daripada Tuhan yang turun dari hari ke sehari. Tabah, cekal dan sabar...terus muhasabah disamping menajamkan hati, akal dan fikiran dalam menerokai hikmah disebalik semuanya.

Friday, November 6, 2009

Wednesday, September 16, 2009

PERUTUSAN AIDILFITRI



Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri
Semoga Allah mengurniakan kita ketenangan dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup yang silih berganti, detik demi detik dalam mencari keredhaanNya. Semoga Allah mengekalkan iman yang kita miliki dan meningkatkannya hari demi hari. Semoga Allah menyempurnakan akhlak kita dan memperelokkan rupa paras kita dan menjadikan kita sesedap mata memandang bagi seluruh makhluk ciptaanNya.
Syawal berkunjung tiba, seperti biasa syawal akan dipenuhi dengan budaya ziarah-menziarahi dan sedekah-mensedekahi, cuma dikesempatan yang ada, inginku berpesan pada diriku dan teman-teman supaya menjaga adab-adab ziarah, ambillah masa seketika untuk belajar sejenak tentang adab-adab ziarah. Supaya ziarah yang kita lakukan mendatangkan pahala kepada kita dan kepada orang yang menerima ziarah kita.
Pelihara mata ketika ziarah usah melilau mata memandang harta benda tuan rumah kecuali dengan keizinan dan redha tuan rumah, pelihara suara ketika berbicara ketika menziarah, pilih masa yang paling sesuai ketika ziarah, dan pastikan tempoh ziarah tidak terlalu lama supaya tuan rumah memiliki masa untuk berehat ataupun memiliki peluang turut sama meraikan aidilfitri dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangnya bersama keluarga.
Jika mampu, bersedekahlah kepada mereka yang lebih afdhal, usah bersedekah kerana memilih bulu, atau keturunan, atau latarbelakang semata-mata kerana ingin menjaga standard atau menjaga nama. Seafdhal-afdhalnya sedekahlah kepada orang miskin yang benar-benar memerlukan. Berkongsilah sinar aidilfitri dengan mereka yang benar-benar memerlukan terutamanya anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang-orang kurang upaya dan tidak lupa terhadap warga tua.
Allah SWT bertanya kepada Nabi Ibrahim AS, “Tahukah kamu mengapa Aku memberi gelar kepadamu Khalilullah, kekasih Allah? Nabi Ibrahim menjawab; Tidak tahu ya Rabb! Lalu Allah menegaskan, Lantaran kamu suka memberi makan orang-orang miskin dan solat dikala orang lain sedang tertidur lelap".
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada isterinya, "Wahai Aisyah, cintailah orang miskin dan akrablah dengan mereka, supaya Allah akrab juga dengan engkau pada hari kiamat" (HR Al Hakim). "Allah semakin memperbanyakkan kenikmatanNya kepada seseorang kerana ia banyak diperlukan oleh orang lain. Barangsiapa enggan memenuhi keperluan-keperluan orang lain bererti ia telah merelakan lenyapnya kenikmatan bagi dirinya" (HR Baihaqi).
Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Orang yang bekerja keras untuk membantu janda dan orang miskin adalah seperti pejuang di jalan Allah atau seperti orang yang terus menerus solat malam atau terus berpuasa" (HR Muslim). "Segala sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga adalah mencintai orang-orang miskin" (HR Ad Daruqutni dan Ibnu Hiban).
 
Semoga syawal yang menjelma kali ini, memberi pengertian yang lebih bermakna kepada kehidupan kita. Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon jutaan kemaafan di atas keterlanjuran kata, keterlampauan tindakan, ketersinggungan rasa sepanjang perhubungan bersama. Semoga Allah memberi kekuatan dan menggerakkan hati, akal dan tubuh saya untuk memperbaiki segala kekhilafan yang telah dilakukan selama ini.
Wallahualam
FaizalZainol

Thursday, July 16, 2009

REVERSE ENGINEERING - UFO

Start from last week, i have to attend my lecture. This subject was conduct by Dr. Mohd Radzi and his tutor, En. Azli also technician, En. Rahman. My first impression of this subject base on my senior perseption is very bad. Maybe i already influence by their perception. By the way, i have no choice. Alhamdulillah. So far, i still can manage this subject. I hope i can gain as much as i can knowledge form this subject. Then i hope i can apply it in futures. Today i just wanna share some video about reverse engineering that related to UFO. Hope u can get some new knowledge from this!



















Friday, July 10, 2009

INDUSTRIAL ENGINEERING



Industrial Engineering is a subject that related to Economical Engineering. Before we learn this subject we have to learn Economical Engineering first. So that the ability of dizzy will reduce more 50%. Industrial Engineer works to solve problem by computer and machine. Its more to management, project manager!

Thursday, July 9, 2009

RAPID PROTOTYPING

My final year project is related to this technology. I have to make a lot of research about this technology. Actually before i having a sweet holiday, i have already given a topic of final year project by my lecturer, Dr. Mustafa Ibrahim. But after two month i'm doing my research, i have to make a simple presentation in front of my lecturer, Dr Mustafa and his tutors, technician and students ; the result is i have to change a new topic because of my topic i too simple base on his perception. What can i say?. I have to accept it. So he give me new topic of research. My new topic also related to Rapid Prototyping. So start from now i have to make a new research about Rapid Prototyping and more focus in fit and form field.




3D Printer



MultiJet Modeling



Fused Deposition Modeling

CONCURRENT ENGINEERING

This week i have to learn so much about Concurrent Engineering, actually i have to make a little bit research about this field. Maybe based on this video i can gain my knowledge about this field. Let watch with me my dear friends.

Tuesday, June 30, 2009

POLITICAL ENGINEERING?



What is Political Engineering?

Politics is basically the settling of inevitable differences of opinion in society in a civilized way through representation of the people, at least in a Democracy or other form of representative government.

Political engineering deals with how you organize the representation of the people. What kind of government, parliamentary system or Presidential Republic, elected directly or trapped, the interval between elections, who gets what power. Political engineering concerns the mechanics of a political system, the democratic setup of a society. Apart from that it can also concern the development of a political party. It has nothing to do with specific leaders or their intelligence, the concept comes way before that part begins.

Political engineering is a concept in political science that deals with the designing of political institutions in a society. The criteria and constraints used in such design vary depending on the optimization methods used. Usually democratic political systems have not been deemed suitable as subjects of political engineering methods.

Political engineering, using suboptimal methods or criteria, can sometimes yield disastrous results as in the case of attempting to engineer a previously democratic country's political landscape by such methods as, for example, a coup d'état. The Greek military junta of 1967-1974 used political engineering utilizing a coup d'état to dissolve the democratic system of Greece with catastrophic results.

Political engineering can also be employed to design alternative voting procedures in a democratic system. In the social arena the counterpart of political engineering is social engineering.

Monday, June 29, 2009

SCIENCE, ENGINEERING AND TECHNOLOGY


science. 1. the intellectual and practical activity encompassing the systematic study of the structure and behaviour of the physical and natural world through observation and experiment.
2. a systematically organized body of knowledge on any subject.

sains. ilmu pengetahuan yg teratur (sistematik) yg boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. cabang ilmu pengetahuan yg berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik,kimia, dll)

technology. (pl. technologies) the application of scientific knowledge for practical purposes. Ø machinery and equipment based on such knowledge. Ø the branch of knowledge concerned with applied sciences.

teknologi (téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal;

engineer. 1. a person qualified in engineering. 2. a person who maintains or controls an engine or machine. 3. a skilful contriver. v. 1. design and build. 2. contrive to bring about. 3. modify (an organism) by manipulating its genetic material.

jurutera orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri;

menjuruterai merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya;

Engineering is the discipline and profession of applying technical and scientific knowledge and utilizing natural laws and physical resources in order to design and implement materials, structures, machines, devices, systems, and processes that safely realize a desired objective and meet specified criteria.

The American Engineers' Council for Professional Development (ECPD, the predecessor of ABET[1]) has defined engineering as follows:

“The creative application of scientific principles to design or develop structures, machines, apparatus, or manufacturing processes, or works utilizing them singly or in combination; or to construct or operate the same with full cognizance of their design; or to forecast their behavior under specific operating conditions; all as respects an intended function, economics of operation and safety to life and property.” One who practices engineering is called an engineer, and those licensed to do so may have more formal designations such as European Engineer, Professional Engineer, Chartered Engineer, or Incorporated Engineer. The broad discipline of engineering encompasses a range of more specialized subdisciplines, each with a more specific emphasis on certain fields of application and particular areas of technology.

kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal terbang; ~ kimia.

Mechanical Engineering is an engineering discipline that involves the application of principles of physics for analysis, design, manufacturing, and maintenance of mechanical systems. Mechanical engineering is one of the oldest and broadest engineering disciplines.

Mechanical engineers design and build engines and power plants, structures and vehicles of all sizes. It requires a solid understanding of core concepts including mechanics, kinematics, thermodynamics, fluid mechanics, and energy. Mechanical engineers use the core principles as well as other knowledge in the field to design and analyze motor vehicles, aircraft, heating and cooling systems, watercraft, manufacturing plants, industrial equipment and machinery, robotics, medical devices and more.

Friday, June 19, 2009

HAPPY BEFDAY TO ME + WITH FOREIGNERS?

Hari ini cuma nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah ucapkan happy befday kepada aku melalui sms, face to face, call, FS dan lain2.. thanks.. :) Aku kini genap 26 tahun. Antara yang dah ucapkan heppy befday pada aku, pensyarah aku, en. kamarul azhar, en. fajar, : ..... kawan2 somalia, ali, adam dan nash, : ...... family aku : .., adik2 aku : aiman, fifi, rahmah, fatinalia, nadira, laila, shim dan ......... ntah lupe dh.. time kaseh ar..semuanya..
Hari ini, lepas je aku solat maghrib, ali jemput aku makan dengan dia, aku cakapla.. "tak mahu, saya sudah makan".. tapi dia degil, dia cakap... "makan sedikit-sedikit saja". Hari ini dia dan kawan2nya masak guna rice cooker resepi ala-ala afrika...
Mula2 masuk bilik dia, aku dihidangkan dengan lagu-lagu daripada Sudan... macam2, ntah aku tak faham, dia pasang melalui YouTube, tapi fun jugakla.. Lepas dh puas tgk video clip, Nash pun bawak talam bersama makanan ala2 afrika. Aku dah kenyang so aku pun makanla sikit2 je. Sempat jugakla aku ajar mereka bahasa Melayu sambil makan. Best jugak mereka ni. Untuk pengetahuan kalian, Ali berasal daripada Republic of Chad (negara sebelah Sudan), manakala nash dan adam asal dari somalia. Negara-negara ini semuanya dari rumpun afrika, kalau tak ada lagi sorang, si Rahman. tapi dia lewat sampai..hehe.. Cuma agak pening sikitla bila borak dengan diorang, aku ni bukan fasih sangat English ni, pakai redah dan belasah je..

Wednesday, June 17, 2009

MY FAMILY - PART 3 - BAIZURA?


Hari ini aku teringat kat adik tunggal aku, Nor Baizura b. Zainol, dalam keluarga kami panggil dia Ua. Orang yang paling suka bergaduh dalam rumah. Sape lagi, kalau bukan aku? Aku dengan adik dulu masa kecil memang tak nak ngam, ada je yang nak dipergaduhkan. Ntahla aku pun pelik, mungkin hobi aku ni gaduh kot. Tapi macam biasala, sebagai abang, aku mestila menang dalam semua pergaduhan, kalau kalahpun, saje2 buat kalah. Tapi bila masuk Mahkamah Rumah yang berhakimkan Abah dan berpeguamkan Mak, confirm aku kalah. Alasan mereka senang je. "AJ kan abang, abang kene beralah dengan adik, ape2halpun AJ kene beralah....". Mahkamah Rumah memang susah nak berlaku adil sebab alasan yang digunapakai sama je. Tak pernah berubah dulu, kini dan selamanya. Kalau nasib tak baik, sebelum masuk Mahkamah Rumah, aku dah dijatuhkan hukuman bersalah. Hukumannya mcm biasala, leteran 24 jam tanpa henti oleh Mak, lari2 pusing rumah untuk lari daripada rotan yang Abah pegang dan macam2 lagi. Tapi itu semua kisah dulu, skrg masing2 dah malas nak gaduh mungkin sebab dah puas dah gaduh dulu.. hehe..

Dia dulu amik Diploma dalam Pentadbiran Awam UiTM, pastu lepas abis, dia tukar bidang dan sambung Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Layar UiTM. Actually aku memangla tak berapa nak setuju. Aku lebih suka dia kekalkan aliran lama. Alasan aku mudah je, dalam dunia seni ni, dugaan dia kuat sangat, risau pasal pergaulan, risau pasal solat, sumber-sumber perolehan pendapatan, risau pasal "bakal jodoh yang bakal dia temui", risau pasal gagasan pemikiran yang akan ter"dipengaruhi". Konsep pemikiran aku mudah, "mencegah lebih baik dari merawat". Sebab bila dah masuk sesuatu dunia, dunia itulah yang akan mempengaruhi kehidupan dan pemikiran kita. Bila kita terpengaruh, memang susah hendak diubah! Pemikiran akan membentuk satu budaya, budaya akan membentuk satu cara hidup, cara hidup akan mempengaruhi akalbudi suatu generasi. Generasi itu sudah pastinya generasi darah daging aku sendiri. Aku semestinya bertanggungjawab dan dipertanggungjawab ke atas semua ini.

Pernah jugak aku berdiskusi dengan dia persoalan ini melalui laman FS. Tapi nak buat cemaner kan? Pemikiran dah tak sama. Memandangkan dia miliki minat yang mendalam dan ability dalam bidang ini. Aku tak mampu nak halang, aku sokong dan harap dia dapat buktikan yang terbaik cuma aku tinggalkan dia satu pesanan je. Bekaryala dengan karya-karya yang bisa menyebabkan manusia makin dekat pada Tuhan. Aku faham, ada sentimen dan x-factor yang diperlukan untuk menguatkan sesuatu karya. Selalu dan kebiasaannya sentimen dan x-factor itu bercanggah dengan nilai Islam. Buat masa ini aku cuma mampu berdoa supaya adik aku terus berada dilandasan yang lurus dan aku jugak berdoa satu hari nanti adik aku akan menghasilkan karya-karya agung yang bisa mendekatkan manusia kepada Tuhan atau sekurang-kurangnya miliki nilai moral dan keinsafan yang tinggi tanpa meninggalkan nilai-nilai komersial, futuristik dan hikmah. Sebagai abang, mesti lah mahukan yang terbaik untuk adiknya sendiri walaupun aku akui, aku bukannya abang yang terbaik tapi aku tidak pernah putus asa dan sentiasa miliki usaha untuk menjadi diri sebagai abang yang terbaik untuk adiknya mengikut cara yang tersendiri.

*credit untuk byxura pictures dan byxura.fotopages.com

Tuesday, June 9, 2009

CUTI BERSAMA PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA


Saje nak buat flashback kisah2 cuti aku, cuti ni aku banyak habiskan masa bersama teman2 di Pusat Motivasi At-Taqwa. Mula2 aku dh bagitau pada MatNor dan Shim yang aku tak nak terlibat dengan aktiviti At-Taqwa untuk tahun ini, tapi MatNor pujuk aku temankan dia untuk Program Tahfiz Hujung minggu, memandangkan aku agak sedikit bosan dengan PSM aku, aku pun follow la sehari semalam. Best jugak melayan adik2, Matnor, Syami dan Wana. Aku ingat itu la kali terakhir aku bersama AtTaqwa. Tapi memandangkan Matnor mintak tolong lagi untuk hari esoknya, dia minta temankan utk handle
Program Ceramah Motivasi bersama Sekolah Agama Rakyat Taman Meru, aku mula2 berat juga, tp xpe la, akupun temankan je la. Matnor jadi penceramah, aku jaga teknikal, wana jaga budak2 bersama syami. Alhamdulillah program ini berlangsung dengan baik sekali. Tapi sayang. Gambar untuk program ini aku tak sempat tangkap sbb bateri henset dh habis.


Lepas settle program Ustaz Azhan pengarah Pusat Motivasi AtTaqwa call aku, dia mintak aku temankan dia bersama MatNor bagi menjayakan
Slot Ceramah Motivasi Hari Ibu anjuran Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Kg. Perik untuk hari keesokannya. Ceramah Ustaz Azhan yang sampaikan. Matnor jadi jurukamera, aku jaga teknikal lagi. Lepas je ceramah, banyak pulak offer datang, tak silap aku dalam 3-4 offer untuk jemputan ceramah motivasi. Alhamdulillah. Murah rezeki AtTaqwa. Abis je program kami buat program ronda2 Kuala Kangsar termasuk ke Masjid KK.




Habis je lawatan.2 malam.2 aku temankan ustaz azhan bagi Kuliah kat surau Kg. Sungai Kati (xsilap aku la..). Tajuk kuliahnye Akhlak Mulia, sambil menyelam minum air, aku skrg tgh siapkan kajian tentang eksperimental akhlak, so ada jugakla something utk jadikan panduan. Sempat jugak aku beli kitab sepertimana yang diperceramahkan pada malam.2, sekali lagi aku ingat ini la program terakhir aku bersama atTaqwa, rupa2nya tidak. MatNor dan Ustaz Azhan sekali lagi mintak aku tolong jayakan
Kem J-Qaf (Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain) 5 hari 4 malam. Waduh.. Phobia aku bile kem lama2 ini, aku tau sangat. Memang penat giler, memang aku tak nak join, tapi masalahnye wana dan mizi cuti, manekala syami pulak busy sbb nak sambung belajar. Tinggalkan Ustaz Azhan dan MatNor, sekali lagi aku kene turun jugak. Kebetulan Ustaz Azhan import Fifi. Sakinah datang lewat sehari, Rahmah datang lewat dua hari. Semuanya Alhamdulillah, ok..


Macam biasala, kerja aku jaga program
outing, riadah, permainan dan seangkatan dengannya tapi bukan buat sorang2 la. Kitorang ramai2 buat kije. Kem kali ini aku banyak masa turun kat dapur sbb wana cuti. So aku dgn fifi jaga air dan makanan sementara menunggu sakinah dan rahmah yang dtg lewat. Fifi la yang mengajar aku buat air. Skrg ni aku dh pandai buat air teh, tehtarik, milo, sirap, bandung (dalam kuantiti yg bnyk). Time kasih fifi jugak mizi dan wana...hehhehe


Penat nak tulis panjang2, macam2la kitorang buat masa kem ni, ada makan satay, ada mandi2, ada main bola lawan taman, traveling, ada sesi keinsafan dan macam2 lagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniahla kepada semua yang menjayakan. Semoga ikatan persahabatan dan persaudaraan sesama kita dipeliharaNya hari ini dan selama2nya. Insya Allah.



Harapan aku pada semua warga AtTaqwa dan peserta kem, teruskan istiqamah dengan kesedaran yang telah dimiliki, sama2lah kita saling nasihat menasihati dan tegur meneguri. Walaupun saye/abg ni banyak menasihat "kalian" ketika kem, itu tidak bererti saye/abg terlalu sempurna. Kritikan, teguran, nasihat dan padangan, amatlah saye/abg alu2kan. Insya Allah sama2lah kita berusaha menjadikan diri kita tauladan yang terbaik untuk semua. Sama2 la doa neh. Jaga niat, jaga akhlak dan jaga keperibadian. Sama-samala kita saling doa dan mendoati :) dan yang terakhir, maaf neh atas keterlanjuran bahasa dan perbuatan selama bersama. :)



*credit untuk Naishim dan Pusat Motivasi At-Taqwa atas segalanya.

INTAN + MIDI = PENGANTIN BARU?


Aku, hermi, khalil, khalis dan joe. Kitorang ni, sblm operasi mengawinkan midi, kami kumpul duit sorang sikit dulu. Pastu kitorang pergi tesco beli hadiah untuk midi. Kalau nak cerite pasal kawin ni panjang jugak. Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan utk meraikan sahabat aku kawin, actually ramai jugak yang aku tak sempat datang dan penuhi undangannya. Hari midi kawin dgn hari perkahwinan Ina (geng kitorang jugak masa sekolah dulu), dan serentak jugak dengan majlis kawin iwan (jiran sebelah rumah aku). Memandangkan midi yang paling mengharap sangat akan kehadiran aku, aku penuhi la permintaan dia. Ina dan Iwan, maaf ye sbb xdpt dtg. Sowi sgt2.



Mula-mula joe kawin, pastu Hus, pastu jira, .. tak dapat datang perkahwinan Joe dan Hus, cume sempat datang kawin jira je... nak wat cemaner kan?... Aku kat BP, alhamdulillah, aku datang jugak kawin midi. Mula2 midi offer aku jadi Pengapit atau DJ, aku pk punye PK aksesori aku tak de, sampin xde, songkok xde, so aku terima je la offer jadi DJ.. . Aku, midi, khalis dan hermi dulu masa sekolah teknik kami satu kelas, rumah pulak dekat2.. Joe dan khalil kelas lain tapi sama sekolah, hus ahli bersekutu team kami sekolah dia dekat dengan rumah kami... Kami semua sebaya, se Ipoh.. tempat rasmi kami meeting kat Nasi Lemak Antarabangsa, Bercham. Diam xdiam, kami dah bersahabat dalam 9 tahun lebih dah.. setiap kali raya je kami buat reUnion, dulu atas nama CATORS, skrg kami semua dh resign posisi dalam CATORS. skrg semuanya dh berubah.. tapi ikatan persahabatan kami masih lagi kuat walaupun tak selalu bersama seperti dulu :)..



Insya Allah, hujung tahun ini khalis pulak kawin, dia dh booking aku jadi DJ. Aku cakap la xsure lagi.. sbb risau ada komitmen lain. Akhir kata, aku doakan hamidi dan intan bahagia hingga akhir hayat. Terima kasih la sbb susah2 je suruh aku jadi DJ. Aku sowi la lagu yang aku pasang tak memenuhi selera kalian... satu lagi sowi la ayat2 aku asyik ulang2 je.. skrip sama je... Semoga kalian berdua bahagia selama2nya. Midi, ko jage intan baik2, ingat sikit, ko dh kawin.. so paham2 la.. kene kurang2kan sikit join dgn kami.. kami ni team bujang...hahaha, duduk rumah tolong intan masak ke, ape2 ke..

Friday, June 5, 2009

CUTI DIMOTIVASIKAN DAN MEMOTIVASIKAN?

Alhamdulillah, cuti telah lama berlalu selama sebulan dan sebulan berbaki, seminggu aku peruntukkan untuk PSM aku, seminggu untuk bersama family dan dua minggu bersama Pusat Motivasi At-Taqwa, Surau Perdana UTHM, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator dan masyarakat. Cuti ini aku harap aku dapat manfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat semaksima mungkin.
Bulan ini, aku kumpul semua kritikan, nasihat, pandangan dan komen dari semua teman2 aku tentang erti kehidupan, tentang masa depan dan macam2 lagi. Selepas aku kumpul semua komen, aku jumpa Tok Guru. Dia berpesan pada aku dua perkara je.
  • Jangan lupa (Nape kita dihidupkan dan turun padang bertemu masyarakat)
  • Jangan lalai (Tertewas dengan pujukan syaitan terutamanya harta, wanita dan takhta)

Simple je Tok Guru aku pesan pada aku. Aku akan cube la ingat sampai bila2. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku buat kajian tentang kehidupan. Aku sedar aku sedikit terleka dan tercuai dengan tanggungjawab aku, tapi aku tak rasa bersalah sebab aku anggap semua ini sebagai satu eksperimental kehidupan untuk kehidupan yang lebih baik. Mana mungkin kita miliki kebaikan dan kesempurnaan tanpa perlu pengorbanan dan tanpa perlu melalui kesilapan.

Aku teringat sifat Nabi Muhammad SAW, Baginda bila tengok orang lain. Baginda cuma ada dua sifat je, pertama kasihan dan kedua nak tolong. Tapi sifat orang zaman sekarang ini, bila lihat orang, asyik2 ada rasa meluat, menyampah, benci dendam dan macam2 lagi. Susah kan? Aku kalau boleh nak tolong semua orang. Tapi aku tak mampu. Bagi aku pertolongan yang sebenarnya ialah menolong aku dan mereka mendekatkan diri kepada Allah. Aku tahu aku tak mampu buat semuanya sorang diri, sbb.2 aku perlu bersama organisasi.

Pernah aku menulis satu karya, dimana aku menulis "Biarlah aku jadi lilin yang membakar diri". Keesokkannya aku pergi ke Kedai Buku. Aku beli Buku Hadith Qudsi nak bagi hadiah kepada kawan aku, aku bacala dulu dalamnya. Dalam.2 ada tulis firman Allah yang mentafsirkan bahawa kita tak boleh jadi seperti "Lilin yang membakar diri". Tuhan tak suka orang yang menjadi "Lilin yang membakar diri". Mungkin ini teguran dari Tuhan tentang artikel penulisan aku. Insya Allah, aku tidak akan lagi menjadi lilin yang membakar diri.
Secara keseluruhannya, aku telah membuat beberapa keputusan yang agak kritikal. Keputusan yang aku buat bukan bererti aku rasa menyesal atau merasa aku telah melakukan kesalahan. Tapi keputusan yang aku buat adalah untuk meneruskan lagi fasa-fasa untuk memantapkan karisma diri dan memperbaiki kelemahan2 diri. Ada masa aku perlu berlari dengan lajunya. Ada masa juga aku perlu berhenti untuk berehat. Kerana tak mungkin kita mampu berlari dengan laju dan konsisten untuk selama2nya tanpa berehat dan bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perlarian. Insya Allah, aku akan kembali berlari setelah miliki rehat dan bekalan yang mencukupi. Lari dan berlari, lari bukan lari tanpa arah. Tapi lari mengejar arah yang terbukti dalam dunia realiti.