Friday, June 5, 2009

CUTI DIMOTIVASIKAN DAN MEMOTIVASIKAN?

Alhamdulillah, cuti telah lama berlalu selama sebulan dan sebulan berbaki, seminggu aku peruntukkan untuk PSM aku, seminggu untuk bersama family dan dua minggu bersama Pusat Motivasi At-Taqwa, Surau Perdana UTHM, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator dan masyarakat. Cuti ini aku harap aku dapat manfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat semaksima mungkin.
Bulan ini, aku kumpul semua kritikan, nasihat, pandangan dan komen dari semua teman2 aku tentang erti kehidupan, tentang masa depan dan macam2 lagi. Selepas aku kumpul semua komen, aku jumpa Tok Guru. Dia berpesan pada aku dua perkara je.
  • Jangan lupa (Nape kita dihidupkan dan turun padang bertemu masyarakat)
  • Jangan lalai (Tertewas dengan pujukan syaitan terutamanya harta, wanita dan takhta)

Simple je Tok Guru aku pesan pada aku. Aku akan cube la ingat sampai bila2. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku buat kajian tentang kehidupan. Aku sedar aku sedikit terleka dan tercuai dengan tanggungjawab aku, tapi aku tak rasa bersalah sebab aku anggap semua ini sebagai satu eksperimental kehidupan untuk kehidupan yang lebih baik. Mana mungkin kita miliki kebaikan dan kesempurnaan tanpa perlu pengorbanan dan tanpa perlu melalui kesilapan.

Aku teringat sifat Nabi Muhammad SAW, Baginda bila tengok orang lain. Baginda cuma ada dua sifat je, pertama kasihan dan kedua nak tolong. Tapi sifat orang zaman sekarang ini, bila lihat orang, asyik2 ada rasa meluat, menyampah, benci dendam dan macam2 lagi. Susah kan? Aku kalau boleh nak tolong semua orang. Tapi aku tak mampu. Bagi aku pertolongan yang sebenarnya ialah menolong aku dan mereka mendekatkan diri kepada Allah. Aku tahu aku tak mampu buat semuanya sorang diri, sbb.2 aku perlu bersama organisasi.

Pernah aku menulis satu karya, dimana aku menulis "Biarlah aku jadi lilin yang membakar diri". Keesokkannya aku pergi ke Kedai Buku. Aku beli Buku Hadith Qudsi nak bagi hadiah kepada kawan aku, aku bacala dulu dalamnya. Dalam.2 ada tulis firman Allah yang mentafsirkan bahawa kita tak boleh jadi seperti "Lilin yang membakar diri". Tuhan tak suka orang yang menjadi "Lilin yang membakar diri". Mungkin ini teguran dari Tuhan tentang artikel penulisan aku. Insya Allah, aku tidak akan lagi menjadi lilin yang membakar diri.
Secara keseluruhannya, aku telah membuat beberapa keputusan yang agak kritikal. Keputusan yang aku buat bukan bererti aku rasa menyesal atau merasa aku telah melakukan kesalahan. Tapi keputusan yang aku buat adalah untuk meneruskan lagi fasa-fasa untuk memantapkan karisma diri dan memperbaiki kelemahan2 diri. Ada masa aku perlu berlari dengan lajunya. Ada masa juga aku perlu berhenti untuk berehat. Kerana tak mungkin kita mampu berlari dengan laju dan konsisten untuk selama2nya tanpa berehat dan bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perlarian. Insya Allah, aku akan kembali berlari setelah miliki rehat dan bekalan yang mencukupi. Lari dan berlari, lari bukan lari tanpa arah. Tapi lari mengejar arah yang terbukti dalam dunia realiti.

No comments:

Post a Comment