Tuesday, June 9, 2009

CUTI BERSAMA PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA


Saje nak buat flashback kisah2 cuti aku, cuti ni aku banyak habiskan masa bersama teman2 di Pusat Motivasi At-Taqwa. Mula2 aku dh bagitau pada MatNor dan Shim yang aku tak nak terlibat dengan aktiviti At-Taqwa untuk tahun ini, tapi MatNor pujuk aku temankan dia untuk Program Tahfiz Hujung minggu, memandangkan aku agak sedikit bosan dengan PSM aku, aku pun follow la sehari semalam. Best jugak melayan adik2, Matnor, Syami dan Wana. Aku ingat itu la kali terakhir aku bersama AtTaqwa. Tapi memandangkan Matnor mintak tolong lagi untuk hari esoknya, dia minta temankan utk handle
Program Ceramah Motivasi bersama Sekolah Agama Rakyat Taman Meru, aku mula2 berat juga, tp xpe la, akupun temankan je la. Matnor jadi penceramah, aku jaga teknikal, wana jaga budak2 bersama syami. Alhamdulillah program ini berlangsung dengan baik sekali. Tapi sayang. Gambar untuk program ini aku tak sempat tangkap sbb bateri henset dh habis.


Lepas settle program Ustaz Azhan pengarah Pusat Motivasi AtTaqwa call aku, dia mintak aku temankan dia bersama MatNor bagi menjayakan
Slot Ceramah Motivasi Hari Ibu anjuran Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Kg. Perik untuk hari keesokannya. Ceramah Ustaz Azhan yang sampaikan. Matnor jadi jurukamera, aku jaga teknikal lagi. Lepas je ceramah, banyak pulak offer datang, tak silap aku dalam 3-4 offer untuk jemputan ceramah motivasi. Alhamdulillah. Murah rezeki AtTaqwa. Abis je program kami buat program ronda2 Kuala Kangsar termasuk ke Masjid KK.




Habis je lawatan.2 malam.2 aku temankan ustaz azhan bagi Kuliah kat surau Kg. Sungai Kati (xsilap aku la..). Tajuk kuliahnye Akhlak Mulia, sambil menyelam minum air, aku skrg tgh siapkan kajian tentang eksperimental akhlak, so ada jugakla something utk jadikan panduan. Sempat jugak aku beli kitab sepertimana yang diperceramahkan pada malam.2, sekali lagi aku ingat ini la program terakhir aku bersama atTaqwa, rupa2nya tidak. MatNor dan Ustaz Azhan sekali lagi mintak aku tolong jayakan
Kem J-Qaf (Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain) 5 hari 4 malam. Waduh.. Phobia aku bile kem lama2 ini, aku tau sangat. Memang penat giler, memang aku tak nak join, tapi masalahnye wana dan mizi cuti, manekala syami pulak busy sbb nak sambung belajar. Tinggalkan Ustaz Azhan dan MatNor, sekali lagi aku kene turun jugak. Kebetulan Ustaz Azhan import Fifi. Sakinah datang lewat sehari, Rahmah datang lewat dua hari. Semuanya Alhamdulillah, ok..


Macam biasala, kerja aku jaga program
outing, riadah, permainan dan seangkatan dengannya tapi bukan buat sorang2 la. Kitorang ramai2 buat kije. Kem kali ini aku banyak masa turun kat dapur sbb wana cuti. So aku dgn fifi jaga air dan makanan sementara menunggu sakinah dan rahmah yang dtg lewat. Fifi la yang mengajar aku buat air. Skrg ni aku dh pandai buat air teh, tehtarik, milo, sirap, bandung (dalam kuantiti yg bnyk). Time kasih fifi jugak mizi dan wana...hehhehe


Penat nak tulis panjang2, macam2la kitorang buat masa kem ni, ada makan satay, ada mandi2, ada main bola lawan taman, traveling, ada sesi keinsafan dan macam2 lagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniahla kepada semua yang menjayakan. Semoga ikatan persahabatan dan persaudaraan sesama kita dipeliharaNya hari ini dan selama2nya. Insya Allah.



Harapan aku pada semua warga AtTaqwa dan peserta kem, teruskan istiqamah dengan kesedaran yang telah dimiliki, sama2lah kita saling nasihat menasihati dan tegur meneguri. Walaupun saye/abg ni banyak menasihat "kalian" ketika kem, itu tidak bererti saye/abg terlalu sempurna. Kritikan, teguran, nasihat dan padangan, amatlah saye/abg alu2kan. Insya Allah sama2lah kita berusaha menjadikan diri kita tauladan yang terbaik untuk semua. Sama2 la doa neh. Jaga niat, jaga akhlak dan jaga keperibadian. Sama-samala kita saling doa dan mendoati :) dan yang terakhir, maaf neh atas keterlanjuran bahasa dan perbuatan selama bersama. :)



*credit untuk Naishim dan Pusat Motivasi At-Taqwa atas segalanya.

1 comment: