Tuesday, May 12, 2009

PSM : DZUL and FEVER

Ketika ini aku sibuk dengan PSM aku, Alhamdulillah, Allah telah permudahkan urusan PSM aku, aku dah pun dapat maklumat penting yang sangat membantu aku. Aku harap aku tidak lalai dengan apajua keadaan yang berpusar disekeliling aku. Tajuk PSM aku ialah Comparison of Parts Solidicated between Fused Deposition Modeling, 3D Printer and MultiJet Modeling.

Terima kasih kepada Dr. Mustaffa Ibrahim yang memberi dan memilihkan tajuk yang paling sesuai menurutnya untuk aku, terima kasih kepada Cik Dayah dan Cik Ina sbb banyak tolong aku, terima kasih jugak kepada Dzulkarnain sebab sudi pinjamkan semua nota-nota, slideshow dan report serta softcopynya sekali.
Terima kasih jugak kepada En. Omar Mohd Fauzan sbb bagi pinjamkan aku Tesis Masternya dan yang terakhir dan yang tidak pernah ku lupa keluargaku. Semoga Allah permudahkanku, berusaha dan berikhtiar adalah tanggungjawab aku tapi selebihnya Allah yang menentukan. Aku akui perjalanan aku agak jauh. Mungkin Tuhan lebih tahu kenapa laluan aku sebegini. Dan aku cuma meneruskan tugasan aku sebagai hambaNya dan akan terus mencari redhaNya melalui jalanan yang ditetapkanNya. Kalau begini adalah jalan aku menuju redhaNya. Aku redha dengan segala ketentuanNya. Mohon agar Allah permudahkan dan meluruskan jalanan aku sehingga akhir waktu.

No comments:

Post a Comment