Tuesday, May 12, 2009

FIE vs FYE : SHOW YOUR TRUE COLOUR!

"Fye, try to be yourself and dont change urself. Show your true colour" Kata Fie melalui kiriman mesej melalui FS. Panjang sebenarnya tapi sengaja aku meringkaskan segala coretan antara kami dalam dua ayat mudah. Fie ni adik ipar aku, aku kalau bermesej dengan dia, selalu dan banyak kali tersasul nama sendiri. Actually fie ni banyak kali dan berbulan-bulan lamanya dia mintak untuk gambar dia dan cerita tentang dia masuk dalam blog aku. Memang dia jeles gile sbb asal dia baca nama orang lain. Tak de pun cerita pasal dia. Aku cuma cakap kat dia, "Fie, fye perlukan idea yang benar2 lahir daripada hati dan semua itu perlukan masa". Bagi aku menulis blog dan menyimpulkannya dalam satu cebisan padat adalah amat sukar sebab terlalu banyak perkara yang kita buat dalam satu jangka waktu.
Bila fie cakap pasal show your true colour, kemarin tok guru merangkap penasihat agama peribadiku aku, si peja. Dia pun ada pesan pada aku supaya kembali kepada fye yang dulu. Kembali menulis something yang ilmiah dan berhenti menulis karya2 picisan sebegini. (walaupun picisan, ko jugak yang baca sampai habis). Aku menjelaskan sebabnya dan dia akur dan menerimanya walaupun dalam keadaan terpaksa. Peja, "thanks for your care. thanks for your advice.. my dear friend!!". Teruskan sastera dan falsafahmu!
Aku ingat segalanya telah berakhir, rupa2nya semalam, sebelum aku solat asar di Masjid UTHM, aku terserempak dengan sahabat rapat aku yang ku kenali sejak sama2 belajar di Sekolah Teknik dulu, sungguh tak sangka kami bersua kembali di U yang sama. Kami dulu boleh dikononkan agak lantang ketika disekolah, yang suke melawan pengetua sekolah dan kroni2nya. Lepas asar sempat berma'thurat berdua. Kemudian dia memulakan bicara, "Kami sayangkan ko, kami tahu kekuatan ko dimana, kelemahan dan kekurangan ko dimana", "Cuma kami risau kamu terbabas dengan dunia ko ketika bersama mereka".

"Syahril, prinsip aku tak pernah berubah. Cuma pendekat
an aku saja yang berubah sebab keadaan aku telah berubah. Aku cuma harap ko terus dengan cara dakwah ko, dan aku akan terus cara dakwah aku. Aku tak mampu jadi seperti ko, dan ko mungkin tak boleh jadi seperti aku". "Aku sayangkan kawan2 aku". "Pada pandangan aku mereka lebih memerlukan aku daripada ko dan kawan2 ko." "Aku tahu ko dan kawan2 bimbang aku terpengaruh dengan mereka". "Aku sebenarnya lebih bimbangkan mereka, daripada bimbang terpengaruh dengan mereka.". Insya Allah setiap hari aku akan berdoa agar aku diberi kekuatan, dan aku juga berdoa untuk semua terutamanya untuk keluarga dan sahabat2 aku agar sama2 menerima redha dan cintaNya.

"Katakanlah (Wahai Muhammad), jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" Surah Ali Imran:31

Shahril, walaupun kawan2 aku tak sebaik ko dan kawan2 ko yang lain tapi mereka inilah yang paling sewajarnya kita patut bersama. Ada masa kita harus merelakan diri kita menjadi lilin yang membakar diri. Yang penting cahaya kita bisa menyinari kehidupan mereka. Aku cuma ingin memberi peluang, ruang dan masa untuk mereka mencari dan memiliki lampu untuk mereka meneruskan kehidupan dalam cahaya sebelum api lilin padam.

Dan yang pasti, lilin pasti akan padam. Dan apabila lilin padam, mereka akan terus hidup dengan lampu yang jauh lebih baik dari lilin untuk menerangi kehidupan mereka selama-lamanya dan mungkin untuk generasi-generasi seterusnya. Aku cuma penunjuk dan pembantu mereka untuk mencari dan memiliki lampu itu. Andaikata aku tidak mahu menjadi lilin. Sampai bila2 pun mereka akan gelap dan sampai bila2 pun mereka tidak akan mampu mencari dan memiliki lampu. Sedangkan mereka amat memerlukan daripada lampu ataupun lilih untuk teruskan kehidupan.

"Fie, fye hargai sangat2 nasihat dan pandangan dari fie, terima kasih banyak2 tau fie, fye sebenarnya saje je, saye nk ngusik pemikiran fie". Harap dia berpuashati dengan artikel yang aku tulis tentang dia, mungkin aku tidak mampu menulis sepertimana mahunya tapi bagi aku memadailah ini cara aku menghargai dan pandangan yang dia berikan selama ini. Moga fie akan terus berbahagia bersama adik aku hingga ke akhir waktu dan akan terus menjadi adik iparku yang paling sweet sewaktu dengannya... huhuhu...

*baru balik Ipoh ni. Penat2! Semalam penat aku settlekan uruskan PSM pagi sampai petang. 6.30ptg baru naik bas dari BP ke KL, 10mlm KL ke Ipoh. dalam 2pagi baru smpai rumah. Nanti kalau nak cari aku, cari aku kat rumah @Ipoh.

No comments:

Post a Comment