Tuesday, March 10, 2009

CINTA RASUL SEPANJANG ZAMAN... CINTA KITA?

"Rasulullah Pencetus Perubahan"... aku dengan slumber bicara, kemudian... Hisham menyambung, "Rasulullah Pencetus Perjuangan Ummah"........"arggg ala xder something yang simple lagi ker, ... haha".. pintas Hisham, aku pun mencelah.. "betul jugak ek",... Hisham nyampuk lagi...."kasih sayang??.. cinta??.. arggg... jiwangnie...." sedetik aku berfikir lantas berbicara lagi "Cinta Rasulullah Sepanjang Zaman", .... kemudian Zuhdi menyambung, "Cinta kita?"....

Setelah sedikit perbincangan ringkas sesama kami ... "nampaknya semua setuju dengan tajuk ini" kata firdaus... "ape ni aku tak faham laaaa???" fadil mencelah... "ape yang cinta Rasulullah sepanjang zaman??.. cinta kita??... macam ayat tergantung jer??".... fadil mengeluh lagi tanda tak setuju dan tak faham... aku cuma tersenyum lalu melihat irwan, lalu irwan shah merespon, "ala fadil ni.. maksudnya ... cinta Rasulullah terhadap umatnya sepanjang zaman.. cinta kita terhadap Rasulullah cemaner??, itulah yang kami semua maksudkan, faham takkkk???"... anggukkan beberapa kali kelihatan dalam bilik mesyuarat KKTDI..
Begitulah dialog meeting kami malamni... Sempena mencari tajuk ceramah perdana sempena Program Inter Act See yang dalamnya ada Malam Ukhwah Surau Perdana dan Sambutan Maulidur Rasul. Ini adalah Program kedua Surau Perdana UTHM selepas Akademi Surau Perdana,

Aku sebenarnya agak berat nak involve dengan program ini sebab aku dah jadi Pengarah untuk program Akademi Surau Perdana, rasa dah penat dan ingat nak bagi je kat junior2 handle... lagipun aku ni dh "mantan", "mantan" eloknye jadi tukang pemerhati je la... tapi bagi meraikan dan tak nak mengecewakan "firdaus dan teamnya".. aku terima pelawaannya dengan hati yang terbuka... tak sangka pulak dalam diam mereka telah lantik aku jadi Bendahari Program... aduh..kene wat financial reportla nmpknye...., ikutkan hati memanglah nak menolak. tapi bila tengok kawan-kawan bersemangat, aku pun.. tak sanggup nak kecewakan mereka,.. bagi aku mereka semua ini dah jadi keluarga kedua aku kat UTHM ni.. hari-hari tengok muka diorangje...

Penghujung meeting kami, sempat lagi kami sama-sama buat lawak... bila Firdaus menjerit... "ape yang penting??" ... kami menyahut.. "kerjasama".. kami ni macam budak-budak.. cume teringat lagi pesanan penutup firdaus, "Ingatla Tuhan sentiasa menilai apa sahaja yang kita buat, semakin banyak kebaikan kita buat semakin banyak Tuhan membalasnya".... Aku memang setuju lantas tiba2 terlintas dihatiku kata-kata KH Abdullah Gymnastiar yang aku pegang sampai hari ini,

"Semakin kita sering menganggap diri penuh jasa dan kebaikan kepada orang lain, apa lagi menginginkan orang lain tahu akan jasa dan kebaikan diri kita, lalu berharap agar orang lain menghargai, memuji dan membalasnya. Maka semua ini bererti kita sedang membangunkan penjara untuk diri kita sendiri dan sedang mempersiapkan diri untuk mengharungi lautan kekecewaan dan sakit hati."

No comments:

Post a Comment