Saturday, March 14, 2009

KELUARGA, SURAU dan RAPID


Lepas sesi gotongroyong untuk persiapan Hari Terbuka Surau Perdana, aku terus jumpa Dr. Mustafa, pengetua Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail merangkap pensyarah kelas RAPID dan Cik Ina, felo merangkap tutor kelas RAPID. Aku pun tanya la mereka berdua. "Cemana ni Dr. Mus, Cik Ina? Malam ini saya ada Hari Terbuka Surau Perdana, malam ini jugak ada kelas RAPID".

Dr. Mustafa balas, "malam ini saya tak datang kelas, En. Nasuha akan ganti tempat saya, saya nak pergi Hari Terbuka Surau Perdana...". Aku pun mencelah, "ala nape la tak batalkan terus je, Dr Mus?.. hehehe....". Habis je borak dengan Dr. Mustafa. Cik Ina menyambung.. macam-macam Cik Ina tanye... tentatif, bila mula? sape datang?.. aku rasa dia excited sangat pasal hari terbuka surau perdana ni sebab dia cakap "awk tahu saya ada dapat kad jemputan Hari Terbuka Surau Perdana, ada kaler2 lagi.. malam ini saya mesti datang.. awk kene pergi kelas tau..blaja rajin2..hehehe..". Selepas berborak dengan Cik Ina. Aku pun cepat-cepat balik bersiap untuk pergi kelas RAPID.

Kelas RAPID habis 9.30 malam aku terus bergegas meninggalkan kelas, baru ingat nak kacau zuraini yang parking sebelah motor aku, tapi........ aku terus naik motor pergi Dewan Aktiviti, KKTDI. Alhamdulillah..target yang hadir nampaknya diluarjangkaan, sebab aku syak ni mesti tak ramai datang sebab minggu ini banyak test dan malam banyak student ada kelas.
Font size
Bila aku masuk je Dewan Aktiviti dari jauh aku nampak dua orang tutor RAPID, Cik Dayah dan Cik Ina tersengeh-sengeh melihat aku. Mereka tahu aku baru balik kelas RAPID, terkejut aku dibuatnya sbb Cik Dayah pun datang jugak. Bila aku tengok Dr. Mustafa pulak kepala terhangguk-hangguk mengadap lantai, mungkin sedang sgt kusyuk mendengar kuliah...kesian, dia penat...dia baru balik dari luarnegara khabarnya. Mereka bertiga inilah keluarga ketiga bagi aku, sebab semester ini aku banyak habis masa dalam Makmal RAPID untuk subjek Elektif V selain kelas teori RAPID dan aku amik Projek Sarjana Muda pun bersama mereka.

Kalau mereka bertiga adalah keluarga ketiga, sudah semestinya team Surau Perdana adalah keluarga kedua aku. Kira-kira lima semester kami bersama terutamanya Helme, Asyraf dan Firdaus membangunkan surau dari awal pembukaan surau sampai hari ini. Maklumlah kami antara generasi pertama KKTDI. Alhamdulillah dengan berjayanya Hari Terbuka Surau Perdana ini sebenarnya lebih memberi erti kepada kami sebagai penganjur sebab masing-masing antara kami merasa nilai ukhwah sesama kami semakin erat terutamanya antara senior & junior selepas program ini berlangsung. Inilah sebenarnya matlamat sampingan program kami dijalankan.

Kalau RAPID keluarga yang ketiga, Surau keluarga kedua, siapa pulak keluarga aku yang pertama? dah tentulah Pakcik Zainol, Makcik Dalelah, anak-anak, menantu-menantu dan cucunya. Yang pastinya ketiga-tiga keluarga ini semestinya akan menjadi peneman yang paling setia untuk aku buat masa sekarang ini, disamping teman-teman rapat yang lain. Semoga Allah memelihara hubungan antara aku dan mereka, hari ini dan untuk selama-lamanya, didunia dan selepasnya.

4 comments:

  1. Salam... wargh! terharu aku wei baca cerita hang nih! apa2 pun aku balasnya dengan "Amin... mudah-mudahan diberkati Allah".

    Satu lagi, untuk 'Keluarga Surau' nie, aku generasi kedua lah! bukan pertama! (",)v

    ReplyDelete
  2. ala.. generasi pertama dan kedua, hampir2 je.. senior jugak... hehe... anyway, lepas ni kite kene buat planning utk buat alumni surau perdana pulak...... ape lagi.. ko kene jadi director sbb kau habis dulu dari aku...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Eh..eh..Aku pun nak mencelah juga.
    Ni dah kira keluarga keempat, keluarga bloggers TDI. Teruskan berkarya. Seronok tengok karya korang semua

    ReplyDelete
  4. time kaseh atas kunjunganmu saudara firdaus.... hehe... sama2 la kita berkarya.. tapi aku punye xnampak karya pun.. hnye catatan peribadi je... hehe

    ReplyDelete